Duta Besar Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Duta Besar Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ialah pemimpin delegasi dan misi Amerika Suarikat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Jawatan ini secara formal dikenali sebagai "Perwakilan Tetap Amerika Syarikat untuk PBB, dengan pangkat dan status Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh, dan Perwakilan Amerika Syarikat di Majlis Keselamatan PBB."Wakil Tetap AS kini ialah Kelly Craft, beliau mewakili Amerika Serikat di Majlis Keselamatam PBB dan hampir di semua pertemuan pleno Majlis Umum, kecuali di dalam situasi di mana seorang penjawat Amerika Syarikat yang lebih senior hadir (seperti Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat atau Presiden Amerika Syarikat). Seperti semua duta besar Amerika Syarikat pada umumnya, ia harus dicalonkan oleh Presiden dan disahkan oleh Senat.

Berkaitan